Jam 2.30 petang semua peserta telah berada di dalam bilik Mini Theaterette untuk memulakan kursus. Topik Pengenalan kepada Kanun Tanah Negara (KTN) : Pelupusan disampaikan oleh Ketua Bahagian Tanah (INSTUN), Tuan Mohd Sabli bin Bakri.
Berikut merupakan antara input-input yang sempat dikongsikan oleh beliau berkaitan topik Pelupusan Tanah menurut KTN 1965:
Berikut merupakan antara input-input yang sempat dikongsikan oleh beliau berkaitan topik Pelupusan Tanah menurut KTN 1965:
Pelupusan = apa-apa pelupusan tanah yang dibuat oleh PBN dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diperuntukkan oleh S42 KTN atau kuasa-kuasa yang sama di bawah mana-mana undang-undang tanah terdahulu. S5 KTN
Pemberimilikan = PBN boleh meluluskan pemberimilikan tanah kerajaan untuk tempoh tidak melebihi 99 tahun atau untuk tempoh selama-lamanya dengan syarat diminta oleh Kerajaan Persekutuan (Perkara 83 Perlembagaan Persekutuan), digunakan untuk tujuan awam, atau terdapat keadaan-keadaan istimewa pada pandangan PBN (inpepertuity). S76 KTN
Perizaban = PBN boleh merizabkan Tanah Kerajaan dan memberi pajakan tanah rizab dengan tempoh tidak melebihi 21 tahun.
LPS = PBN boleh mengeluarkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) atas Tanah Kerajaan, tanah rizab dan tanah lombong.
Permit = PBN boleh mengeluarkan permit mengambil dan mengalih bahan batuan dari mana-mana tanah selain dari tanah rizab hutan, serta mengeluarkan permit penggunaan ruang udara atas Tanah Kerajaan atau tanah rizab. S42(1) KTN
No comments:
Post a Comment
"Ramai orang takut menyuarakan keinginan mereka jadi mereka tidak pernah dapat apa yang mereka inginkan." (Madonna)