07 March 2014

Kanun Tanah Negara (KTN) : Pembangunan dan Pendaftaran



"Jadi ADO tanah ni kena baca KTN macam baca novel," ujar Tuan Mohd Yusaimi bin Mohd Yusof sambil mengangkat tinggi buku tebal Kanun Tanah Negara untuk ditunjukkan kepada semua peserta.  Gerun kami mendengarnya sebab buku itu memang tebal, 650 m/s!

Kata beliau lagi, "anggaplah semua seksyen dalam KTN tu sebagai bab-bab dalam kehidupan kita; Kaveat itu ibarat tunang dan hakmilik (title) itu nikahnya. Daftar itu hidup manakala pengambilan / tamat 99 tahun / hakisan / rampasan itu matinya.
 
Memang ada style-lah gaya beliau memberi salam pengenalan sampai ramai yang tadi senyum sekarang dah rasa nak balik.  Hehehe :-)

Berikut merupakan sebahagian ilmu yang sempat beliau kongsikan bersama kami, InShaaAllah :

1. Topik pendaftaran terletak dalam Divisyen 1 KTN 
    (Seksyen 1 hingga Seksyen 61 (A))

2. Topik pelupusan terletak dalam Divisyen 2 KTN
    (Seksyen 62 hingga Seksyen 92 (I))
 
3. Pemberimilikan terbahagi kepada 3 jenis ;
  • strata (bertingkat seperti kondominium)
  • permukaan bumi
  • stratum (bawah tanah)

4. Pihak Berkuasa Negeri (PBN) merupakan pihak yang berkuasa meluluskan pemberimilikan 
    yang kemudiannya akan didaftarkan seperti berikut ;
  • geran (PTG)
  • geran mukim (PDT)
  • pajakan negeri (PTG)
  • pajakan mukim (PDT)

5. Rekod akan dikeluarkan dalam bentuk ;
  • DHDK (simpanan bilik kebal)
  • DHKK (simpanan pemohon / pemilik) 

6. 




 
















No comments:

Post a Comment

"Ramai orang takut menyuarakan keinginan mereka jadi mereka tidak pernah dapat apa yang mereka inginkan." (Madonna)